Hubungi

Soalan Umum

Apakah MTAT?

Kompleks Madrasah Tahfiz At Taufiqiyyah (MTAT) sedang dibina dan dirancang sebagai sebuah pusat tahfiz, tarbiah dan tempat penyebaran syariah Islam berasaskan manhaj fekah Imam As Shafie dan bertunjangkan aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Program A - Program Tahfiz + Kitab

mengikuti program tahfiz + asas syariah menggunakan kitab2 muktabar sepenuhnya tanpa akademik. Kursus berkaitan kemahiran hidup akan dibekalkan pelajar untuk mereka berdikari di dalam masyarakat.

Program B - Program Tahfiz Dan Akademik

mengikuti program tahfiz + asas syariah. Mereka menetap di asrama MTAT dan mengikuti program akademik di peringkat PMR / PMRU / SPM / SPMU di sekolah-sekolah kerajaan harian biasa yang berdekatan. Fokus kerjaya mereka ialah di dalam bidang kedoktoran/pergigian/farmasi di Mesir.

Program C - Program Tahfiz dan Syariah

 pelajar mengikuti kelas tahfiz dan syariah berkenaan tauhid, fekah dan tasauf yang komprehensif dan intensif berlandaskan fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah mengikut pengurusan kurikulum, tarbiah, dakwah dan pengiktirafan terus dari pengurusan Darul Mustofa, Tareem, Yemen.

“Kompleks MTAT sedang dibina sebagai pusat Tahfiz, Tarbiah dan tempat penyebaran syariah Islam"
HJ. WAN MOHD TAUFIT BIN ABU BAKAR

Pengerusi Tabung Pembangunan

Sebarang Pertanyaan?

Tahfiz At-Taufiqiyyah